Pages

Tazkirah Jumaat

Saturday, August 14, 2010
TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL

" Tanda 100 hari menjelang meninggal " 
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakinya. ..... Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya samada mereka menyedari atau tidak..... 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar, seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.... 

Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat... 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 


" Tanda 40 hari " 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ... 

Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika... 


Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.. ....... 


" Tanda 7 hari " 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan... 


" Tanda 3 hari " 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.... 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi... 

Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan... 


" Tanda 1 hari " 
Akan berlaku sesudah Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya.... 


" Tanda akhir " 
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum... 

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula... 


SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK 

p/s: wallahualam... semoga kita bersama2 dapat saling ingat dan mengingati sesama kita... insyaallah...
 
http://madsini.blogspot.com/2010/08/tazkirah-jumaat_12.html

No comments:

Post a Comment